Saturday, 16 August 2014

MIMPI SEKIAN LAMA KU...

assalamualaikumwarahmatullah...waaa...suda bertahun wa tidak ,menulis di blog buruk ni..hilang inspirasi dgn ilham kot.bahasa wa pon dah pelik pelik skrg..hahaha..almaklum laa..integrasi kehidupan kot..haha..okeh..anggap la tutur ni permulaan baharu wa..

Wa nak melalut ni.ikut sukati..malam ..wa mimpi mcm orang laa.tapi smalam..wa pelik..wa berada di pdg pasir..luas..okeh..


wa nak igtkan..wa benci Israel yang tindas palestina..tapi..wa akui yang kesenangan diri wa hari ini,membuatkan kita gah pada tutur dan status saja..status mcm 200% mau perang..tapi..wa nak jujur..wa lebih snang dgn diri duduk mewah di kerusi ni..so.wa mmg jahat ikut meter manusia jenis nak nilai olang lain ja tapi x tgk cermin..ok.sambung.jap..pe td..aa padang pasirun..ternampklah sorang anak dan ibunya sedang membakar gambar anak-anaknya yang lain.wa tanye ..limaza..fuhh..kenapo makcik bkr ni..tetiba keluar satu bayangan macam hologram baa..sebuah masjid yang indah.tapi ada 4 5 jenazah yang tergantung leher di pekarangan masjid dan bebrapa tentera Israel menzalimi jenazah2 ni..



tibe-tibe meruntun hati aku..nak menangis pun ada..apakah jiwa aku secara subconscious meratapi kepemergian shuhada2 ni..aduhaii…mereka saudara kita…satu ruh agama..tiba-tiba tnampak miss t ..tengah salah faham dgn wa..dan si dia berlari ke arah laen..dan..hampir ke pundak bukit pasir..tiba-tiba………

KABOOMMMMMM!!

Wa terjaga..ohh. realiti..Astagfirullah..jantung berdebar2 beb.pukui 2.30 tpt pagi.jelas water crystal cerita tadi..dlm golap..wa doakan syurga bagi para shuhada palestina..i love u all bro n sis Palestine.. n.. miss t..please jgn slh-slh fhm..x mau kehilangan  kamu.dlm bomb pulok tu.

Khulasoh / kesimpulan..

-wa mmg da lame nak menulis pnjg..puas hati betui wa.
-wa rasa wa mula rasa cinta pada perjuangan ummah kita.betui ada efek.x caye?sukatiii wa
-rupanya salah faham bole bawak dlm mimpi beb..bahayo 2..selesaikn cipat2.
-wa da penat..gudbai n maassalamah..

Tuesday, 8 November 2011

BELA DIRIMU..



Al-Quran sebagai pembela:
                        Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w.memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

                        Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

Arakianlah,kehebatan Alquran yang kita lupakan dan tinggalkan hari ini..Mukjizat Rasulullah yang agung sepatutnya kita sandarkan dalam kehidupan dan perjalanan kita..bukan kita simpan untuk lengkapkan almari perhiasan atau hadiah hantaran perkahwinan..sulamkan ia dengan bacaan lunak milik anda,bukan sulamkan dengan zamrud,sapphire dan emas semata mata..cinta kita pada Allah taala,pada Rasulullah perlu ada panduan yang benar supaya kita utuh dengan keimanan bukan kuat dengan sandaran harta dan rupawan.
belajarlah...bacalah....fahamilah....dan amalkanlah..setiap manusia sama di sisiAllah..hanya Allah layak membezakan setiap umat..dan perbezaan ini..nilaian iman dan taqwa penentunya..

sudah lama tidak berbicara di kalam keyboard..hari ini..menginsafi diri dengan bacaan takbir gema aidiladha..dan ingin terus menginsafi diri dengan panduan Alquran dan sunnah Rasulullah .s.a.w...
assalamualaikum warga akhirat suatu hari nanti...salam wakil diri untuk ibadah semua pembaca...

Sunday, 29 May 2011

THE NEVER SETTING SUN

Assalamualaikum wbt semua,para sahabat tercinta..baru kini saya tonton kisah perjuangan seorang wali Allah yang teramat saya kagum sehingga menitis airmata diri yang hina ini..moga kita semua mendapat barakah dari pengajaran kisah ini..



Wednesday, 25 May 2011

50 SIKAP SEORANG SOLEH...



  1. Bersyukur apabila mendapat nikmat. 
  2. Sabar apabila mendapat kesulitan. 
  3. Tawakal apabila mempunyai rencana/ program/rancangan. 
  4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan 
  5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan. 
  6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan. 
  7. Jangan putus-asa dalam menghadapi kesulitan. 
  8. Jangan terasa rendah dengan kekayaan orang lain. 
  9. Jangan hasad dengki dengan kejayaan orang. 
  10. Jangan sombong jika memperoleh kejayaan. 
  11. Jangan tamak kepada harta dunia. 
  12. Jangan terlalu bongkak dengan pangkat/kedudukan diri. 
  13. Jangan hancurkerana kezaliman. 
  14. Jangan goyah dengan fitnah. 
  15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri. 
  16. Jangan dekati harta yang haram. 
  17. Jangan sakiti ibu bapa. 
  18. Jangan usir orang yang meminta. 
  19. Jangan sakiti anak yatim. 
  20. Jauhkan diri daripada dosa-dosa besar mahupun yang kecil. 
  21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil. 
  22. Banyakkan kunjungan ke rumah Allah (masjid) 
  23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk. 
  24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, sebaik2nya  berjamaah di masjid. 
  25. Biasakan diri bersolat waktu malam. 
  26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah 
  27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat. 
  28. Sayangi dan sopan santun terhadap fakir miskin. 
  29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah. 
  30. Jangan marah berlebih-lebihan(panas baran) 
  31. Cintailah seseorang kerana Allah dan tidak berlebih-lebihan. 
  32. Bersatulah kerana Allah dan Berpisahlah kerana Allah. 
  33. Berlatih supaya konsentrasi fikiran(tumpuan -tidak khayal) 
  34. Tepati janji jika berjanji dan minta maaf jika sesuatu itu tidak dapat dipenuhi. 
  35. Jangan bermusuhan kecuali dengan syaitan dan iblis. 
  36. Jangan percayai ramalan manusia. 
  37. Jangan terlampau takut pada kemiskinan. 
  38. Hormati setiap orang (tua atau yang muda) 
  39. Jangan terlampau takut pada manusia. 
  40. Jangan sombong,takabbur dan besar kepala (degil) 
  41. Berlaku adil dalam segala urusan. 
  42. Banyakkan beristighfar dan taubat kepada Allah. 
  43. Bersihkan rumah daripada patung2 berhala/ patung2 hiasan. 
  44. Hiasilah rumah dengan ayat2 Al-Quran yang suci. 
  45. Perluaskan silaturrahim . 
  46. Tutup aurat bersesuaian dengan petunjuk Islam. 
  47. Elakkan bermusuhan 
  48. Berbicara secara aman. 
  49. Beristeri/bersuami jika cukup mampu dan bersedia. 
  50. hargai waktu,disiplin diri dan manfaatkan waktu.

Wednesday, 30 March 2011

keinginan..

bismillahirahmanirahim...

ya Allah..aku kian lemah..aku makin tenggelam dgn asyik dunia,aku tersasar sedikit dari jalan auliya'Mu..aku makin alpa peranan aku sebagai mukmin..aku..lemah dgn propaganda dunia..mudahnya hati aku hanyut..hanyut dengan cinta dunia..bukan cinta akhirat..mulutku ku tutur setia padaMu..tapi kelakuanku dan hatiku auqof dari zikirMu,AlquranMu dan jalan para RasulMu..astagfirullah Al Azhim..ampunkan aku detik ini..sabitkan aku dengan keimanan,kukuhkan aku dengan ilmu yang bermanfaat,tegapkan aku dengan sikap dan akhlak Rasulullah..ya Allah..ampunkan dosa dosaku..ampunkan kelakuan ku yang tidak baik..

aku ingin jadi mukmin yang sejati..yang tidak lupa ibadah dan cinta padaMu...
aku ingin jadi kekasih Rasulullah saw..ikuti sunnah milik nabi Muhammad saw..
aku ingin jadi anak yang soleh..yang berbakti pada ibu bapaku dan seluruh keluargaku..
aku ingin jadi abang yang berbudi..dapat membantu dan mencegah adik adikku dari terlalai..
aku ingin jadi sahabat sejati..memberi tulus dan ikhlas persahabatan pada saudara seislamku..
aku ingin jadi pelajar yang benar..tidak putus asa mencari ilmu dengan ikhlas..
aku ingin jadi kekasih, suami  dan bapa  keluarga muttaqin..agar aku dapat melindungi isteri dan keluargaku dari api neraka!!

Monday, 14 March 2011

my dream...efek iman@pengajaran?


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM....

Assalamualaikum buat sahabat semua sang warga akhirat(ini uslub balaghah saya untuk kita mengingati hakikat kita kelak)..hari ini saya ,lena saya yang lazim buat semua umat,disalutkan dengan mimpi..cuma mimpi yang dihadiahkan kepada saya adalah mimpi yang bagi saya adalah unik sekali..mimpi ini satu mimpi sains fiksyen yang futuristik; seolah gabungan filem 'back to the future' karya spielberg,'my neighbour, totoro' oleh hayao miyazaki atau 'the girl who leapt through time' dari ghibli studio. gabungan filem ni seolah menerajui perjalanan mimpi saya..

Friday, 4 March 2011

Andai Anda disudut kekecewaan dan kesedihan...




Bismillahirahmanirahim..Allahumma solli ala saidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wassalim..
Assalamualaikum kepada semua warga islam yang pernah Nabi SAW merasa rindu terhadap kalian semua.Saya ,sekali lagi dengan kedhaifan,hamba yang lemah lagi tidak berupaya langsung..hidup didunia ini,berdiri bukan dengan sendiri..tapi cuma meminjam.meminjam tubuh,nafas,mata,hati bahkan semua yang wujud adalah di bawah taklukan si Maha Agung,Allah ya Rahman..syukran yang tidak terhingga..Alhamdulillah..akanku pegang amanah ini dengan kukuh dan tegap!

Saturday, 1 January 2011

HENTIKAN RASA BONGKAKMU!!

CUKUP!!..eh..macam ade kontroversi pulak kalimah ini..Bismillahirahmanirahim..salam ukhwah para sahabat..
saya pernah menjadi insan yang bongkak dan sombong kepada ilmu Allah..dan saya sedar serta harap tidak terlambat..sentiasa merasakan diri dah cukup,muka hensem sedangkan biasa sangat,duit banyak sedangkan cuma pinjaman zakat,hidup senang dengan hiburan dan keselokaan duniawi ini..pandangan saya buta,hati saya pernah keras terhadap zikir zikir pelmbut hati..rupa -rupanya ini semua nikmat yang Allah bagi..tapi rasa syukur saya sedang sedang sahaja..Astagfirullah Al Azhim.mari kita insafi bersama nya.jangan pernah mengeluh akan kesakitan dan kesusahan kita hadapi..Allah sangat sayangkan kita dengan rahmah dan maghfirahNya

disini,saya hidangkan video merdu milik ahmed bukhethir ini untuk kalian lazati..

Friday, 31 December 2010

2010-selamat tinggal yang dahulu...Syukur tak terkira..

Bismillahirahmanirahim..Allahumma Solli ala saidina Muhammad wa Ala alihi wasohbihi wasallim..
Assalamualaikum kepada kesemua ukhwah saudara saudara ku,kalian lah peneman diri saya bila suatu hari nanti kita dibangkitkan semula nanti..Doakan kita dapat mencapai ketenangan dan perlindungan ketika bertemu kembali ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...