Friday 31 December 2010

2010-selamat tinggal yang dahulu...Syukur tak terkira..

Bismillahirahmanirahim..Allahumma Solli ala saidina Muhammad wa Ala alihi wasohbihi wasallim..
Assalamualaikum kepada kesemua ukhwah saudara saudara ku,kalian lah peneman diri saya bila suatu hari nanti kita dibangkitkan semula nanti..Doakan kita dapat mencapai ketenangan dan perlindungan ketika bertemu kembali ya..

Wednesday 29 December 2010

politik serta hubungannya terhadap ibadah..




Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum warahmatullah taala wabarokatuh..sekali lagi saya memulakan qalam tulisan saya dengan sepenuh penuh rasa kehambaan terhadap yang maha kuasa,Allah SWT dan kekasih nombor satunya Muhammad SAW,Allahumma solli ala saiyidina muhammad wa ala alihi wa sohbihi wasallim..


isu yang ingin saya utarakan adalah isu yang telah mencengkam dada orang orang kita selama ini..isu yang bertajuk Politik..isu ini begitu panas membara sekali kadangkala kerana politiklah jatuh dan bangkitnya sesuatu institusi kenegaraan..ingin saya tegaskan,saya tidak akan menyatakan pendirian saya terhadap mana parti politik dalam penulisan ini kerana bukan itu yang ingin saya ketengahkan..dan ia juga akan mengabui banyak mata sekiranya saya bersikap berat sebelah kepada mana2 parti.

Aku suka berzina,arak,parti tapi mati aku inginkan syurga!!

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum warahmatullah for all muslimin in this world today and before us..May Allah bless all of us with rahmah and hasanah..for my next entry,i would like to show all of your one of my favourite's collections of the the Deen show..It is a tv program that showed by the canada television for those who seeking the truth and faith..This program also available in the internet..all right..just try to understand deeply this show's intention and meaning okay?

Monday 27 December 2010

nada nada gema cinta..A love selection..


Bismillahirahmanirrahim...Mari ucapkan tasbih dan tahmid pada Allah Taala yang menjadikan saya dan kamu sempurna akal dan jiwa..Lagu bermakna dan menghiburkan boleh dalam Islam,tapi bukan yang melalaikan serta mengajar kita kebencian,putus harapan dan putus cinta...Kalau nak berdalil bab ni panjang sekali syarahan nya.Ringkas- cintalah yang sepatutnya kita cintai..
dengarlah lirik dengan hati dan minda yang tenang ya..

Sunday 26 December 2010

JOM TUKAR GEAR MINDA!!

Bismillahirahmanirrahim..jikalau sahabat sahabat ade kelapangan bolehlah ambil peluang saksikan video ini..saya sedar akan video ini setelah melihat blog seorang ikhwah dan beliau merupakan seorang student aussie..sudah lama,tapi resolusinya segar tak luput dek waktu..

dan episod kedua di sini part dua


Thursday 23 December 2010

JENIS APAKAH KAMU??

Assalamualaikum wbt..kebelakangan kesihatan tubuh yang ku pinjam ni sering sahaja sakit.Hari ini aku merasa agak lemah sebagai seorang insan..Maksud aku bila aku bandingkan diriku dengan kekuasaan milik Allah Taala..tapi apakah yang aku rasa bila aku membandingkan diri aku dengan makhluk bernama manusia yang lain?..aku terfikir jenis manusia apakah pula aku ini..di sini aku sertakan pendapat al fadhil Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam karangan kitabnya;

Ada empat jenis manusia dalam dunia ini  :

Tuesday 21 December 2010

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

sucikan cinta dengan cara halal..insyALLAH,Najah dunia akhirat

Saturday 18 December 2010

KAHWIN MUDA -masalah atau rahmat?

  
   
Ramai yang mempersoalkan kahwin di waktumuda pasti susah..ikut nafsu,tak bole bebas dengan dgn      
 kawan2,ekonomi tak reti jaga,darah muda asyik banyak masalah..tak pandai jaga anak,tak pandai jaga hati mentua ngan famili,org tua dulu2  suh kumpul duit,tak matang laa..well semua ini memang tepat..tapi ada penyelesaiannya juga bagi yang ingin berumah tangga dalam usia sebegini..Jawapannya mudah..amalkan prinsip ALQURAN DAN SUNNAH! Amalkan akhlak Rasulullah Saw selagi mana kita mampu.Sebagai contoh.suami perlulah kuat menghadapi kesusahan dengan sabar. firman ALLAH taala :




153. Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar

Thursday 16 December 2010

INGAT TAK 'I NEED a GIRL' ? LAGU NIH..

Assalamualaikum warga dunia yang masih meminjam 
tubuh ciptaanNya..baru baru ini ,ade satu rancangan televisyen yang bertempat kat hati aku..
tajuk rancangan ni the DEEN show..motif rancangan ni,adalah untuk berdakwah secara meluas di kacamata tv..
aku baru je saksi bebrapa episod tapi yang ini memang paling menarik,setakat ni..
aku ingat lagi masa zaman lagu ni..i need a girl..nyanyian puff daddy,usher dan sorang lagi rapper LOON.
Tiga org ni je dah membuatkan aku(mase sekola dulu) terkinja kinja nyanyi lagu ni..
best memang best..tapi benda lagho skejap je bertahan kat hati.Alhamdulillah 
aku dah berjaya reset otak aku yang pikir senget sket dulu.. :)
first aku tengok episod ni..masyAllah..ALLAHU AKBAR! HEBAT NYA KUASA ALLAH!
okey..tanpa meluangkan masa korang nak beribadah..tengok,fikirkan,kalo perlu qamus dewan silakan..hehe

Saturday 11 December 2010

perjalanan Iskandariah dan batu ..buat hati



sahabat


Assalamualaikum..coretan ku bermula lagi di netbook baru ni..mengharapkan redhaNya dan berkah di sepanjang penulisan yang dhaif ini.baru sahaja pulang dari lawatan berharga di Iskandariah.kota yang tersergam indah dalam babak cerita 'ketika cinta bertasbih'..perjalanan pemusafiran kami banyak liku liku,tapi tak menghalang diri aku untuk merasa cinta dan kasih kepada Allah taala.serta tidak lupa Rasulullah..solla alan nabi!

berbekalkan niat untuk mengunjungi ibu saudara ku di kota Mandarah,perjalanan sejauh beratus ratus kilometer ku tempuh bersama sahabat Nizam,Isa,Naduan serta Tamim.bukan kicap tamin. Jazahumullahu Khairon..:)

Saturday 4 December 2010

hijrah yang ku inginkan...







Assalamualaikum warahmatullah taala wabarokatuh sahabat-sahabat..
aiwah bertemu kita lagi dengan nafas milikNya,bahkan dengan keselesaan dan kegembiraan hidup..Ya Allah aku bersukur kepadaMu..Alhamdulillah..entri kali ini adalah pelayaran pertama aku dalam siri mencari kesuciaan hati.jiwa kotor dan hina seumpama lembah hitam ini ingin aku bersihkan walaupun hakikatnya ketebalan kekotoran ini tak mungkin bersih..ya Allah..andai aku kata,aku ingin mencari Mu..pasti aku ditertawakan oleh rakan rakan ku,kerana kehidupan aku bersama mereka telah membuka hijab diri aku..mereka mengenaliku dalam dan luar,yang ada hanya kehitaman..ketawa mereka meskipun tak ku dengar,tapi ia sesuatu yang pasti kerana aku adalah aku..

sabda Rasulullah..

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى 
ما هاجر إليه

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

Tuesday 23 November 2010

kisah seorang gadis...

baru baru ini aku geledah harddisk lama aku..jumpa satu kisah lama yang pernah sentuh jiwa aku sebagai seorang abang..mungkin ramai yang pernah baca..tapi still..hmmm..seorang gadis..seorang adik..dan seorang muslimah..hayati k..geng sume..


by: ratu_imtihan

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik
saya, Nur Annisa,seorang gadis yang baru
menginjak dewasa tetapi agak kasar dan
suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika
usianya mencecah 17 tahun perkembangan
tingkah lakunya benar-benar
membimbangkan ibu. Dia sering membawa
teman-teman lelakinya pulang ke rumah.
Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang
tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bagi mengelakkan pergaulan yang
terlalu bebas,ibu telah meminta adik
memakai tudung. Permintaan ibu itu
ditolaknya sehingga seringkali berlaku
pertengkaran-pertengkaran kecil antara
mereka. Pernah pada suatu masa, adik
berkata dengan suara yang agak
keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran
kita pun ada yang anaknya pakai tudung,
tapi perangainya sama je macam orang
yang tak pakai tudung. Sampai
kawan-kawan annisa kat sekolah, yang
pakai tudung pun selalu keluar dating
dengan boyfriend diorang, pegang-pegang
tangan. Ani ni, walaupun tak pakai
tudung, tak pernah buat macam tu!"

Tuesday 26 October 2010

LIKU LIKU PERJALANAN KU...

Assalamualaikum..terlalu lama aku mengangkat kaki,tangan dari meja blog sebab tak tau nak buat,tulis apa..nak spefikasikan aku sebagai blogger pun tak layak langsung..berbulan bulan aku beku nak menulis..Tapi sekarang adalah 2 3 idea muncul dalam benak akal aku,bukan dari lutut arrr..

Nak mulakan cerita,semua ini bermulakan dari perjalanan diri aku melangkah ke sebuah tempat..Tempat apa?haa itu yang kita nak tau tu..tapi kalau taknak tau..well,eden tak pakso kowang!haha.kata Poland 'dobree'- faham? .Langkah aku sebagai seorang musafir  bermula bila aku jejak kaki di lapangan terbang Heathrow..bersituasi di negara England..tunggu kejap..apa aku buat kat sini..yeee adik adik semua..adelah nak buat keje keje dewasa sikit..haha..sebulan aku bertempat kat sini,membakar keringat remaja aku(,dah nak masuk ke alam tua dah aku)..dengan bergengkan usamah a.k.a don,dende a.k.a ayap dan syed a.k.a ed
kami menjelajah kota London dan sekitarnya..

Thursday 22 July 2010

TERIMA KASIH INSAN DI SISI KU



terima kasih insan di sisiku..adanya kamu ,membuat aku mengerti bahawa Allah mencipta diriku ini lengkap dan sempurna dari sudut penciptaanNya.Aku tuturkan zikirnya, Alhamdulillah, ku sujudkan jiwaku,Subhana robiy yalA'la wa bi hambih.dan aku bersyukur..
.Hadirnya insan ini,menambah suka,mengurang derita,mencapai bahgia  dalam taman rohani yang di Kau cipta..Ya Allah,tatkala ku temui kelemahan diriku,kejatuhan nilai emosiku,kerisauan hatiku,tiba tiba,berjalan insan ini dalam ibtila' atau ujian yang Kau beri padaku..Terus membuat aku yakin,hanya Allah yang maha kuasa,ku berfikir bahawa setiap aturanMu sempurna dan tiada tandingannya..
aku mahu berdiri kembali..berdiri dengan yakin bahawa dunia ini kita khalifahnya..terima kasih insan disisi kerana tanpa mu,aku lupa..



i really need you in my soul..complete the incomplete me..thanks for being borned..

Friday 11 June 2010

DOA UNTUK SAHABAT DI GAZA

QUNUT NAZILAH
Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah
dengan baris yang telah  ustaz Zaharuddin  usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca
oleh orang ramai. doa ini kita niatkan semoga saudara kita yang menderita di Palestin mendapat kekuatan,serta mendapat pertolongan dalam mempertahankan tanah air mereka.Cara yang biasa imam lakukan adalah dengan membaca setiap kali selepas rukuk rakaat terakhir sepertimana qunut di solat subuh,cuma bezanya ia boleh dilakukan dalam solat lima waktu yang lain.


اللّهُمَّ إِنّا
نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ
الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي
وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك
، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ
وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya
kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal
kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya
Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan
bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan
azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang
kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi
dari jalanMU."

Thursday 27 May 2010

PENYAKIT PALING BERBAHAYA


Asslamualaikum..hari ni aku blur..minggu depan last imtihan..Alamak!perasaan semalam.. Aduhai!perasaan hari nie..besok?Arghhh!!!..hahaha..Apa aku nak buat?angkat buku je dah sehari..Alihkan kitab-kitab ke tempat studi 2 hari,sediakan perkakas studi berhari-hari sampailaaa......Hari imtihan kot?Xper..aku pejuang kamikaze,berani mati,tapi takut nak bukak kitab!hahaha.ishh..Apahal pulak kene dengan sistem saraf aku stat taun nie..MALEH! KASLAN ! LAZY ! LANDUO ! GEEULEUN ! TAIDA NA! Dan banyak lagi bahasa lain seluruh dunia tapi makna yang itu..Penyakit  saraf ni dah terkenal merosakkan banyak tamadun tamadun purba kat dunia ini.kakakaka..


Contoh pesakit pesakit yang dah mencapai tahap kritikal:


'dah takdir'


maleh lak aii nak tebuk kelapo,bang air kelapo satu!


budak merah:'apo berat bonar eden ni!'
budak kuning:'weh alang alang terus bawak aku balik umah k!'
ref:foul foul!


'bang.poie lar tangkap ikan ,nak wat lauk'
'awak ni,kan saya tgh layan af8 ni,posa la ari ni!'


burp!fuhh cite adamaya ari ni!


yang ni sebijik aku kat umah(penulis)ahahah


tempah online susu ibu

Hahaha...bahayo kan sakit nie?lopaih ni aku tak nak malas dah,sobab bilo aku malas cam malas nak masak,syahir marah!haha,kalau malas studi lagi ramai marah,jadi mari lah kita semua cegah bersama penyakit yang membuatkan umat kita ni pupus cepat.Tapi kalau nak rajin kena cari contoh rajin kan?jadi contoh rajin kita untuk minggu ni,model of the week-



hahaha!mamat ni maso 2,3 taun lopaih,dio rajin sangat sebelum 
menghadapi penyakit maleh!Sekarang ni terdampar atas pulau
minbar islam berbekalkan sebuah komp untuk berFB..hohoho

Nasehat buat semua,jom join kempen JOM!KE KULIAH! oleh MTP RUMAH NEGERI SEMBILAN KAHERAH...aku?esok.esok...



Monday 24 May 2010

10 KISAH KANAK-KANAK YANG MENAKJUBKAN ABAD INI..

Sedikit kisah takjub dari seluruh dunia.Perihal si anak yang tak faham erti takut.Tanpa fikir erti keselamatan diri sendiri,mereka ni berjaya mencipta keajaiban dengan izin tuhan..MasyaAllah,hebatnya anak anak ni..Ikutilah kisah 10 anak kecil yang menakjubkan ini. ;)



Nathan Thomson:budak 9  tahun yang menyelamatkan ibunya apabila penceroboh bersenjata cuba menikam ibunya
Dia telah ditikam di mukanya apabila bergelut ketika mahu menyelamatkan emaknya dari seorang penggila pisau.Nathan melompat ke arah belakang Hugh Clark,si mabuk yang cuba menikam ibunya,Ena dan Clark memusingkan tubuh lalu menyelar dan meninggalkan kesan parut di wajah anak kecil itu.Tindakannya telah berjaya menyelamatkan ibu yang ketika itu telah ditikam 8 kali tetapi terselamat.Kejadian ini berlaku kerana rumah mereka diceroboh oleh si mabuk di Fife,Scotland.


Friday 21 May 2010

SEMANGAT YANG TIDAK PUDAR..

ASSALAMUALAIKUM PARA SAHABAT..
akhirnya tercapailah jua harapan nak ada blog ni..Maafkanlah segala kekurangan diri yang memang naif dan dhaif- tidak pandai bersastera pun apatah lagi nak melahirkan penulisan yang MUMTAZ! selepas 2 tahun barulah tiba semangat baru ni,sebut pasal semangat,mesti rasa BERSEMANGAT kan? TAK? alamak,kalau camtu kita cuba tonton video khas kat bawah,perihal orang yang berani dan bersemangat tinggi,lepas tengok boleh lah antum buat kesimpulan sendiri..haha






keberanian pasangan tua yang memang takjub lah!





Thursday 20 May 2010

DHAB YANG LAZAT..HAHA

Dah lama duduk kat negara arab Mesir..Dah banyak kali lihat binatang biawak pasir Dhab,tapi tak pernah lihat yang sembelih LIVE lepas tu goreng wat nasi briani Dhab..Fuhh..Semalam usyar internet,terjumpa pulak blog saudara yang best ni..Meh lihat,camner cara nak sembelih Dhab!
(setiap dialog adalah fiksyen semata-mata,takde kene mengena dgn yang hidup dan mati kecuali arwah dhab tersebut haha)






kojar yop! kojar!




dapek siap ngko!


Wednesday 19 May 2010

TEKSI MOSIRR..






SIAPA TAKNAK BUAT? NAIK TEKSI BAYAR MURAH?KALAU BOLEH NAK NAIK YANG BAYAR RUBU' GENIH JE (25 SEN),KALAU BANGSA SENDIRI BANGSA ARAB BAYAR MURAH,TAPI BILE ORANG2 KITE YANG COMEL2 NIE,ARGHHH..UMPAMA MENAIKI KAPAL MEWAH TITANIC PULAK..CEHHH..GARANG PULAK..TAPI SABAR JE LA KAN..









WHERE DA TRUE TRAIT?


MATA YANG NAK KENA KOREK KOT?








JAGA MATA, JAGA HATI, JAGA JIWA......


Cerita seorang lelaki@ ustaz..akal pada nafsunya?mata pedoman hidupnya ,melihatnya pada yang cantik  membutakan pancaindera nya..Dia menjadi lupa,alpa peranan sebenarnya, akhirnya dia malu ..
Malu pada tuhannya..    


hahaha..so sahabat..jangan nakal- nakal..      





Monday 10 May 2010

semalam,hari ini ,esok..




Seseorang telah datang dalam hidupku-secara terus lalu, kini ,dia telah menjadi penting buatku..secebis dirinya sahaja ,mengubah segmen senyap hidupku menjadikan hari esokku cerah..




semalam..

dia menjelma di mata,ku lihat sebuah senyuman,biarpun hanya foto ~wow~such a beauty..

hari ini..

dia bersuara, ku kelu, resah dan gugup..why i can't be comfortably speaking with her ?now i know that i loved her akhllaq .im addicted to talk !

esok..

siapa tahu?dia masih ada atau tidak?tapi cukup saja dia di sisiku.im gonna protect her,my most lovely friend!




P/S; UNTUK sahabat, yang menjadikan hidup saya penuh warna kehidupan.. ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...