Friday 31 December 2010

2010-selamat tinggal yang dahulu...Syukur tak terkira..

Bismillahirahmanirahim..Allahumma Solli ala saidina Muhammad wa Ala alihi wasohbihi wasallim..
Assalamualaikum kepada kesemua ukhwah saudara saudara ku,kalian lah peneman diri saya bila suatu hari nanti kita dibangkitkan semula nanti..Doakan kita dapat mencapai ketenangan dan perlindungan ketika bertemu kembali ya..

Wednesday 29 December 2010

politik serta hubungannya terhadap ibadah..




Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum warahmatullah taala wabarokatuh..sekali lagi saya memulakan qalam tulisan saya dengan sepenuh penuh rasa kehambaan terhadap yang maha kuasa,Allah SWT dan kekasih nombor satunya Muhammad SAW,Allahumma solli ala saiyidina muhammad wa ala alihi wa sohbihi wasallim..


isu yang ingin saya utarakan adalah isu yang telah mencengkam dada orang orang kita selama ini..isu yang bertajuk Politik..isu ini begitu panas membara sekali kadangkala kerana politiklah jatuh dan bangkitnya sesuatu institusi kenegaraan..ingin saya tegaskan,saya tidak akan menyatakan pendirian saya terhadap mana parti politik dalam penulisan ini kerana bukan itu yang ingin saya ketengahkan..dan ia juga akan mengabui banyak mata sekiranya saya bersikap berat sebelah kepada mana2 parti.

Aku suka berzina,arak,parti tapi mati aku inginkan syurga!!

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum warahmatullah for all muslimin in this world today and before us..May Allah bless all of us with rahmah and hasanah..for my next entry,i would like to show all of your one of my favourite's collections of the the Deen show..It is a tv program that showed by the canada television for those who seeking the truth and faith..This program also available in the internet..all right..just try to understand deeply this show's intention and meaning okay?

Monday 27 December 2010

nada nada gema cinta..A love selection..


Bismillahirahmanirrahim...Mari ucapkan tasbih dan tahmid pada Allah Taala yang menjadikan saya dan kamu sempurna akal dan jiwa..Lagu bermakna dan menghiburkan boleh dalam Islam,tapi bukan yang melalaikan serta mengajar kita kebencian,putus harapan dan putus cinta...Kalau nak berdalil bab ni panjang sekali syarahan nya.Ringkas- cintalah yang sepatutnya kita cintai..
dengarlah lirik dengan hati dan minda yang tenang ya..

Sunday 26 December 2010

JOM TUKAR GEAR MINDA!!

Bismillahirahmanirrahim..jikalau sahabat sahabat ade kelapangan bolehlah ambil peluang saksikan video ini..saya sedar akan video ini setelah melihat blog seorang ikhwah dan beliau merupakan seorang student aussie..sudah lama,tapi resolusinya segar tak luput dek waktu..

dan episod kedua di sini part dua


Thursday 23 December 2010

JENIS APAKAH KAMU??

Assalamualaikum wbt..kebelakangan kesihatan tubuh yang ku pinjam ni sering sahaja sakit.Hari ini aku merasa agak lemah sebagai seorang insan..Maksud aku bila aku bandingkan diriku dengan kekuasaan milik Allah Taala..tapi apakah yang aku rasa bila aku membandingkan diri aku dengan makhluk bernama manusia yang lain?..aku terfikir jenis manusia apakah pula aku ini..di sini aku sertakan pendapat al fadhil Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam karangan kitabnya;

Ada empat jenis manusia dalam dunia ini  :

Tuesday 21 December 2010

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

sucikan cinta dengan cara halal..insyALLAH,Najah dunia akhirat

Saturday 18 December 2010

KAHWIN MUDA -masalah atau rahmat?

  
   
Ramai yang mempersoalkan kahwin di waktumuda pasti susah..ikut nafsu,tak bole bebas dengan dgn      
 kawan2,ekonomi tak reti jaga,darah muda asyik banyak masalah..tak pandai jaga anak,tak pandai jaga hati mentua ngan famili,org tua dulu2  suh kumpul duit,tak matang laa..well semua ini memang tepat..tapi ada penyelesaiannya juga bagi yang ingin berumah tangga dalam usia sebegini..Jawapannya mudah..amalkan prinsip ALQURAN DAN SUNNAH! Amalkan akhlak Rasulullah Saw selagi mana kita mampu.Sebagai contoh.suami perlulah kuat menghadapi kesusahan dengan sabar. firman ALLAH taala :




153. Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar

Thursday 16 December 2010

INGAT TAK 'I NEED a GIRL' ? LAGU NIH..

Assalamualaikum warga dunia yang masih meminjam 
tubuh ciptaanNya..baru baru ini ,ade satu rancangan televisyen yang bertempat kat hati aku..
tajuk rancangan ni the DEEN show..motif rancangan ni,adalah untuk berdakwah secara meluas di kacamata tv..
aku baru je saksi bebrapa episod tapi yang ini memang paling menarik,setakat ni..
aku ingat lagi masa zaman lagu ni..i need a girl..nyanyian puff daddy,usher dan sorang lagi rapper LOON.
Tiga org ni je dah membuatkan aku(mase sekola dulu) terkinja kinja nyanyi lagu ni..
best memang best..tapi benda lagho skejap je bertahan kat hati.Alhamdulillah 
aku dah berjaya reset otak aku yang pikir senget sket dulu.. :)
first aku tengok episod ni..masyAllah..ALLAHU AKBAR! HEBAT NYA KUASA ALLAH!
okey..tanpa meluangkan masa korang nak beribadah..tengok,fikirkan,kalo perlu qamus dewan silakan..hehe

Saturday 11 December 2010

perjalanan Iskandariah dan batu ..buat hati



sahabat


Assalamualaikum..coretan ku bermula lagi di netbook baru ni..mengharapkan redhaNya dan berkah di sepanjang penulisan yang dhaif ini.baru sahaja pulang dari lawatan berharga di Iskandariah.kota yang tersergam indah dalam babak cerita 'ketika cinta bertasbih'..perjalanan pemusafiran kami banyak liku liku,tapi tak menghalang diri aku untuk merasa cinta dan kasih kepada Allah taala.serta tidak lupa Rasulullah..solla alan nabi!

berbekalkan niat untuk mengunjungi ibu saudara ku di kota Mandarah,perjalanan sejauh beratus ratus kilometer ku tempuh bersama sahabat Nizam,Isa,Naduan serta Tamim.bukan kicap tamin. Jazahumullahu Khairon..:)

Saturday 4 December 2010

hijrah yang ku inginkan...







Assalamualaikum warahmatullah taala wabarokatuh sahabat-sahabat..
aiwah bertemu kita lagi dengan nafas milikNya,bahkan dengan keselesaan dan kegembiraan hidup..Ya Allah aku bersukur kepadaMu..Alhamdulillah..entri kali ini adalah pelayaran pertama aku dalam siri mencari kesuciaan hati.jiwa kotor dan hina seumpama lembah hitam ini ingin aku bersihkan walaupun hakikatnya ketebalan kekotoran ini tak mungkin bersih..ya Allah..andai aku kata,aku ingin mencari Mu..pasti aku ditertawakan oleh rakan rakan ku,kerana kehidupan aku bersama mereka telah membuka hijab diri aku..mereka mengenaliku dalam dan luar,yang ada hanya kehitaman..ketawa mereka meskipun tak ku dengar,tapi ia sesuatu yang pasti kerana aku adalah aku..

sabda Rasulullah..

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى 
ما هاجر إليه

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...