Tuesday, 8 November 2011

BELA DIRIMU..



Al-Quran sebagai pembela:
                        Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w.memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

                        Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

Arakianlah,kehebatan Alquran yang kita lupakan dan tinggalkan hari ini..Mukjizat Rasulullah yang agung sepatutnya kita sandarkan dalam kehidupan dan perjalanan kita..bukan kita simpan untuk lengkapkan almari perhiasan atau hadiah hantaran perkahwinan..sulamkan ia dengan bacaan lunak milik anda,bukan sulamkan dengan zamrud,sapphire dan emas semata mata..cinta kita pada Allah taala,pada Rasulullah perlu ada panduan yang benar supaya kita utuh dengan keimanan bukan kuat dengan sandaran harta dan rupawan.
belajarlah...bacalah....fahamilah....dan amalkanlah..setiap manusia sama di sisiAllah..hanya Allah layak membezakan setiap umat..dan perbezaan ini..nilaian iman dan taqwa penentunya..

sudah lama tidak berbicara di kalam keyboard..hari ini..menginsafi diri dengan bacaan takbir gema aidiladha..dan ingin terus menginsafi diri dengan panduan Alquran dan sunnah Rasulullah .s.a.w...
assalamualaikum warga akhirat suatu hari nanti...salam wakil diri untuk ibadah semua pembaca...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...