Monday, 14 March 2011

my dream...efek iman@pengajaran?


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM....

Assalamualaikum buat sahabat semua sang warga akhirat(ini uslub balaghah saya untuk kita mengingati hakikat kita kelak)..hari ini saya ,lena saya yang lazim buat semua umat,disalutkan dengan mimpi..cuma mimpi yang dihadiahkan kepada saya adalah mimpi yang bagi saya adalah unik sekali..mimpi ini satu mimpi sains fiksyen yang futuristik; seolah gabungan filem 'back to the future' karya spielberg,'my neighbour, totoro' oleh hayao miyazaki atau 'the girl who leapt through time' dari ghibli studio. gabungan filem ni seolah menerajui perjalanan mimpi saya..
                        ~alkisah~
seorang sahabat saya menjadi watak utama dalam karya mimpi ini..dimana dia telah diberi satu alat time travel,cuma yang bezanya adalah dia tetap di waktu semasa,tiada pergerakan phenomenon..tapi akalnya disajikan dengan sebuah time machine iaitu sebuah kitab atau buku yang mempunyai 2 foto sama setiap baris..
hebatnya buku ini..dengan 2 foto yang sama..kiri adalah dal waqt(lughah mesir utk sekarang) dan sebelah kanan adalah future yang kita tdak tahu..sahabat ini didatangi seorang lelaki dan diberikan buku kepadanya..dengan buku ini..sahabat saya mampu untuk melihat apa yang bakal terjadi mengikut preskripsi yang dia inginkan..contohnya,jikalau gambar sebuah kawasan kedai .kalo si kedai jujur(sahabat saya cuba bertanya pada si buku),foto sebelah kiri akan menunjukkan gambar kedai sibuk,dan sebelahnya adalah foto tempat yang sama tetapi sebuah shopping mall yang sesak!! dan pada sofhah(muka naskhah) seterusnya,sahabat ini menduga,jikalau merokok..future pula akan menunjuk sebuah tempat yang dipenuhi asap kotor dan gambaran yang amat tidak menyelesakan..di pengakhiran,sahabat saya mengambil keputusan akhirnya untuk menyerahkan kembali buku itu dan mengambil keputusan untuk memulakan segalanya dengan kebaikan agar dibalas juga dengan kebaikan pada kehidupannya kelak..tamatnya kisah ini bila saya tercelik mata,berwuduk dan bersedia untuk meneruskan ibadah solat..

kalamku...

kisah ini memberikan perasaan takjub pada hati saya bila mengenangkannya kembali,lebih seronok berbanding menonton filem maya ciptaan manusia.mimpi bukan ilusi akal kita,tapi adalah sebuah citra yang bukan karangan manusia,samada dari ciptaan syaitan,mahupun ilham dari Allah,pasti boleh di carik hikmah padanya..
pada hemat saya,buku yang dikatakan time machine adalah misal bagi kitab amalan yang ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin..setiap amal akan memberikan kesan di akhirat kelak..signifikannya, setiap manusia mengetahuinya tetapi juga bersifat bisu dan buta..Astagfirullah..moga ini menjadi manfaat bagi diri saya dan kepada yang membaca..
saya juga berpendapat bahawa setiap insan ,Allah sudah berikan kisah mereka tersendiri yang penuh dengan keistimewaan  hatta kekurangan,kelemahan,kecacatan diri kita juga adalah sebuah keindahan dan kecantikan jika kita menghiaskannya dengan cinta Allah taala..

dari pepatah arab..al ilm bila amal,kas syajar bilas samar(ilmu tanpa amalan,umpama pokok tanpa buah..jikalau tersilap sila betulkan saya ya :) maka sesungguhnya ; ilmu,adalah jawapan time machine kalian sendiri..tinggi ilmu dan hebat amalan,hebat jugalah jawapan future kalian didunia mahupun di akhirat..tapi jangan lupa kita meminjam..jangan kita alpa kesemuanya adalah milik Allah yang maha berkuasa..hiasilah perjalanan ilmu,ibadah dan hidup kita semua dengan menjadi golongan muttaqin.mukhsinin.mukhlisin dan qana'ah dalam semua hal..insyAllah amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...