Nathan Thomson:budak 9 tahun yang menyelamatkan ibunya apabila penceroboh bersenjata cuba menikam ibunya
Dia telah ditikam di mukanya apabila bergelut ketika mahu menyelamatkan emaknya dari seorang penggila pisau.Nathan melompat ke arah belakang Hugh Clark,si mabuk yang cuba menikam ibunya,Ena dan Clark memusingkan tubuh lalu menyelar dan meninggalkan kesan parut di wajah anak kecil itu.Tindakannya telah berjaya menyelamatkan ibu yang ketika itu telah ditikam 8 kali tetapi terselamat.Kejadian ini berlaku kerana rumah mereka diceroboh oleh si mabuk di Fife,Scotland.
Alexis Goggin:si anak 7 tahun yang menjadikan tubuhnya
sebagai perisai untuk menyelamatkan ibunya sendiri.
Alexis adalah pelajar tahun satu di Sekolah Rendah Campbell,telah diangkat sebagai wirawati kecil.Alexis sanggup mempertaruhkan nyawanya sehingga sanggup untuk melompat ke depan seorang lelaki bersenjata yang melepaskan 6 tembakan ke atas tubuh kecil Alexis kerana dia cuba menyelamatkan ibunya dari ditembak.Ibunya,Selietha Parker, ditembak di kiri kepala dan lengannya oleh bekas kekasihnya tetapi sebelum sempat menerima tembakan seterusnya,Alexis gagah melompat di antara mereka dan merayu jangan tembak ibunya!
Kamal Nepali: budak lelaki 12 tahun yang merisikokan dirinya sendiri semata-mata untuk menyelamatkan seorang bayi perempuan dari jurang sedalam 60 kaki .
Bayi yang berusia 2 tahun setengah,Aradhana Pradhan telah diselamatkan oleh Kamal Nepali yang berumur 12 tahun,selepas sekumpulan penyelamat profesional berputus asa kerana kesemua cubaan menyelamat mereka gagal.Walaupun sudah berhempas pulas selama 22 jam,kumpulan itu masih gagal dan mula merasa putus asa.Sehinggalah tiba Kamal di tempat kejadian.Abangnya,Salum berkata pada Kamal yang tubuh kecilnya mampu untuk menggelungsur masuk ke jurang itu dan selamatkan bayi kecil itu.Salum bertanya adiknya"seorang bayi yang seperti adik kita sendiri telah terperangkap dalam jurang ini,mahukah kau pergi selamatkannya?" sejurus selepas itu Kamal terus mempersediakan dirinya masuk kedalam jurang
itu.
Isabella Keeling:si anak comel yang berusia 2 tahun yang berjaya mendail 999 untuk menyelamatkan nyawa ibunya.
Isabella Keeling, 2 tahun,menelefon talian kecemasan ketika ibunya mengalami penderitaan akibat alah kepada latex,beliau sempat memberikan namanya,alamat rumah dan no telefon rumahnya.Malah ,Isabella yang comel ini membukakan pintu untuk memberikan laluan kepada paramedik dan jiran-jiran mereka! Kebetulannya sehari sebelum kejadian,Isabella menyaksikan sebuah rancangan tv kanak-kanak dimana memaparkan episod cara mendail 999 !
Agustin Robinet: budak berusia 6 tahun yang menolong ibunya untuk menyambut kelahiran adik barunya!
Apabila ibunya mengalami serangan yang amat kuat,ia adalah petanda yang menunjukkan ibunya akan melahirkan anak dalam masa yang terdekat,kebetulan itu hanya si kecil Agustin sahaja disisi ibunya ketika itu.Agustin menolong ibunya melahirkan adik barunya dan dia kemudian menelefon ayahnya.Bila di tanya adakah dia takut,jawabnya"mak selalu cakap yang apabila perempuan sakit ,itu tanda dia nak bersalin"!
Cody McNeese :Si hero berusia 5 tahun yang menyelamatkan adik bongsunya dari rumah mereka yang terbakar.
Cody,si kecil yang sanggup melawan asap tebal dan api semata-mata untuk menyelamatkan adik yang berumur 3 tahun,Dustin dari bilik tidur mereka.
Charlie Simpson: wira 7 tahun yang membuat kayuhan demi mengutip tabung bagi mangsa gempa bumi Haiti.
Dengan slogan mudah'namaku Charlie,dan ini adalah kayuhan basikal untuk menyelamatkan beribu-ribu mangsa gempa bumi.Aku ingin memgutip duit bagi membeli makanan,air dan khemah untuk mereka semua di Haiti'.Usahanya telah menyentuh perasaan beribu umat di seluruh dunia setelah melihat tindaknnya di web JustGiving.com.perjalanan kayuhannya adalah sejauh 5 batu di sekitar Charity Unicef Fulham,seatan London.Hasrat untuk 500 pound tercapai apabila dia meraih 120 000 pound hasil derma seluruh dunia!
Michael Bowron:Budak yang berusia 8 tahun yang memasang wayar radio trak ayahnya dan menghidupkannya untuk menghubungi pertolongan bagi ayahnya yang terperangkap dalam kemalangan.
Micheal dan ayahnya Justin,sedang memandu pulang ke rumah ladang mereka.Tiba-tiba tayar trak mereka meletup dan trak mereka hilang kawalan lalu terbabas.Kemalangan ini menyebabkan Justin terperangkap kerana kakinya terhempap dengan trak itu dan tidak boleh bergerak.Sementara itu,Micheal yang berada tidak jauh dari ayahnya terselamat.Dia merangkap masuk ke dalam trak dan cuba melepaskan ayahnya dengan menggunakan penaik tayar tapi tidak berjaya.Selepas itu,Justin mencabut radio trak dan menyambungkannya sendiri dengan arahan ayahnya,akhirnya dia berjaya menghidupkannya dan menghubungi pertolongan.
Aidan Turner: Penyelamat ibunya dari lemas dalam bathtub mereka.
Amanda Smith,pengsan dalam bathtub rumah mereka dan tergelincir kedalam air sehingga anak lelakinya yang mereka berumur 10 tahun menemuinya.Aidan,anaknya dengan segera mencabut plug air,dan menarik rambut ibunya,membawanya keuar dari bathtub tersebut.Aidan kemudiannya menelefon neneknya Sheila seorang pekerja domestik di Hospital Border.Ambulan tiba selang beberapa minit dan menyelamatkan Amanda.
Brajan Chlebowski:Mengorbankan nyawanya demi ayahnya dan 36 penghuni yang lain..
Si kecil 6 tahun Brajan Chlebowski dari Lodz di Poland telah menyelamatkan ayahnya dan 36 penghuni rumah sewa daripada api dengan menelefon bomba. Ibunya sedangbekerja pada masa itu. Sayangnya dia mati kerana keracunan karbon monoksida. Dia dianugerahkan Pingat Keberanian utama oleh Presiden Poland. Orang tuanya menyumbangkan organ-organ tubuhnya untuk trasplantology, sehingga setelah kematiannya ia juga menyelamatkan kehidupan anak-anak sangat sakit.
So,kat sini kita sendiri boleh lihat,yang si kecil pun tahu sayangkan ibu bapa hingga sanggup korban diri mereka sendiri.Lihat realiti Malaysia kini,kes buang anak.Mak oii..Takdak hotak!Cuba lihat anak yang kita jaga dengan kasih sayang,belaian dan pendidikan,siapa yang tak terharu lihat anak kita sendiri bila mereka cakap 'sayang abah!sayang ummi!'..Kalau boleh nak doakan dapat anak yang sebegini ;
ameennn...
No comments:
Post a Comment