(setiap dialog adalah fiksyen semata-mata,takde kene mengena dgn yang hidup dan mati kecuali arwah dhab tersebut haha)
kojar yop! kojar!
dapek siap ngko!
hahaha..pijak dioo
terjerat dalam shibshib(selipar)
terkulai
aiseh..kantoi tak sompek nyorok
kat kolam,tapi die takut airrr
koleksi emas raja pop!eh!silap Dhab..
Bismillah..sembelih seperti yang kito belajar,bukan cam nyiang ikan!
cam ganazz
nah ko!tadi ko lari kan?eden kerat tangankaki ko..haha
ekor itu haruslah dibuang
yang nih eden tak bran!
dhab dalam proses togel..seksi u!
umpama mengupik pisang!
cam durian tak?sebat Syahir ni sodap kan Man?
Inginkan ibu mentua anda pengsan?jadikan hantaran hari bahgia anda!
keseksian seorang dhab yang bogel
haharhar(golak perut tengah seram)
yang ni bang,kalau sumbat kat hidung konfem bang makin hensem!
baru lepas basuh,dah suci dah!
dio rebus telur biawak tu
cara nasi briani arab,all in one,and one for all..haha
taraa!!sudah siap,buleh la anda sume amalkan resepi saya nie..haha,jangan pakai biawak kat Msia lak,sahih HARAM!
PENJELASAN:
Dhab atau Biawak Padang Pasir (Dessert Iguana) bukanlah suatu haiwan yang dikategorikan sebagai haiwan mamalia maun (mamalia herbivore), hal ini kerana Dhab merupakan sejenis haiwan reptilia, Dhab mempunyai diet makanan seperti belalang dan serangga padang pasir (Oasis insects).Namun begitu darah dhab bukanlah dari jenis yang sejuk kerana tatahidupnya mesti sering bergantungan dengan keadaan suhu panas padang pasir. Walaupun ia adalah dari keluarga reptilia, namun begitu ia satu-satunya haiwan dari jenis itu yang halal dimakan dalam Islam. Hal ini seperti yang diperihalkan dalam Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Dari Ibnu Abbas RA, ia berkata: “Bahawasanya Rasulullah SAW ditanya orang tentang daging dhab, ketika dihidangkan kepadanya dan ia tidak memakannya: “Apakah ia (daging dhab) haram?”, Maka Baginda menjawab: “Tidak, akan tetapi tidak ada (binatang dhab) di daerahku (Makkah dan Madinah serta kawasan sekitarnya), maka aku merasa jijik”. Maka sejurus itu sahabat yang mendengar penyataan Nabi tadi pun merasa lega, mereka semua menjamah masakan daging dhab, Nabi Muhammad SAW hanya memandang apa yang mereka makan.
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)(Asy-Syaikhan).
Mengikut catatan dari Pengarang Kitab “Al-Qaanuun” berkata: “Barangsiapa yang memakan darah mahupun daging katak, pada badannya akan tumbuh bintil dan membengkak, warna kulitnya menjadi suram (gelap) dan air maninya akan tertumpah terus sehingga akhir hayatnya.Kerana itulah memakan katak adalah haram. Para ahli perubatan moden pun kini turut mengelakkan bahan mentah yang berasal dari katak digunakan sebagai vaksin penyembuh atau ubat, kerana ia takut kemudharatan akan hadir apabila terus digunakan. Katak juga mempunyai kadar racun yang amat berbahaya. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, anjing laut,singa laut, ular darat mahupun ular air,komodo, biawak air dan seumpamanya(amfibia dan reptilia) adalah haram untuk dimakan dalam Islam kerana ianya beracun, hidup dua alam, bertaring dan memakan daging dengan kasarnya. Ketam yang hidup dua alam seperti jenis [[Ketam Batu,Ketam Nipah dan Ketam Hijau adalah haram dimakan kerana ianya menetap secara dua alam dan beracun.
SUMBER RUJUKAN;Buku Panduan Perubatan Nabi,; Ibnu Qayyim Al Jauziyyah
Maka terjawablah persoalan mengenai makan Dhab,jadi jangan ragu-ragu,jadilah insan yang yakin..Dhab nie dipercayai dapat menambah kekuatan batin dalaman seorang agar lebih UMPHH! haha..So,pada para ustaz yang nak kahwin bolehlah try,bob! masa untuk mencubaa...hehehe
salam...kalau pak arab tu mkn dhab ,then dhab tu makn ape erk?sayur?...dah lama ke bermusafir di mesir??
ReplyDeletehehe..ye tak ye jugak..makan pe yek..tak penah pulak jadi dhab sebelum ni..tapi hukum mmg bule makan,jadi confirm dhab ni makan bende yang tak berdarah..tak gitu encik?
ReplyDelete