by: ratu_imtihan
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik
saya, Nur Annisa,seorang gadis yang baru
menginjak dewasa tetapi agak kasar dan
suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika
usianya mencecah 17 tahun perkembangan
tingkah lakunya benar-benar
membimbangkan ibu. Dia sering membawa
teman-teman lelakinya pulang ke rumah.
Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang
tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.
Bagi mengelakkan pergaulan yang
terlalu bebas,ibu telah meminta adik
memakai tudung. Permintaan ibu itu
ditolaknya sehingga seringkali berlaku
pertengkaran-pertengkaran kecil antara
mereka. Pernah pada suatu masa, adik
berkata dengan suara yang agak
keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran
kita pun ada yang anaknya pakai tudung,
tapi perangainya sama je macam orang
yang tak pakai tudung. Sampai
kawan-kawan annisa kat sekolah, yang
pakai tudung pun selalu keluar dating
dengan boyfriend diorang, pegang-pegang
tangan. Ani ni, walaupun tak pakai
tudung, tak pernah buat macam tu!"
Ibu hanya mampu mengeluh mendengar
kata-kata adik. Kadang kala saya
terlihat ibu menangis di akhir
malam.Dalam Qiamullailnya.Terdengar
lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa
dengan hukumMu".
Pada satu hari ada jiran yang baru
pindah berhampiran rumah kami.Sebuah
keluarga yang mempunyai enam orang anak
yang masih kecil.Suaminya bernama Abu
khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak
dapat dipastikan). Saya mengenalinya
sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama
mereka tinggal berhampiran rumah kami,
timbul desas-desus mengenai isteri Abu
Khoiri yang tidak pernah keluar rumah,
hingga ada yang menggelarnya si buta,
bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai
ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada
saya, "abang, betul ke orang yang baru
pindah itu, isterinya buta,bisu dan
tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa,
"kalau nak tau sangat, pergi rumah
mereka, tanya sendiri".
Rupa-rupanya adik mengambil serius
kata-kata saya dan benar-benar pergi ke
rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari
rumah mereka, saya melihat perubahan
yang benar-benar mendadak berlaku pada
wajah adik. Wajahnya yang tak pernah
muram atau lesu menjadi pucat lesi.
Entah apa yang dah berlaku? Namun,
selang dua hari kemudian, dia minta ibu
buatkan tudung.Tudung yang labuh. Adik
pakai baju labuh. Lengan panjang pula
tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung
campur syukur kepada Allah SWT kerana
saya melihat perubahan yang ajaib.
Ya, saya katakan ajaib kerana dia
berubah seratus peratus! Tiada lagi
anak-anak muda atau teman-teman
wanitanya yang datang ke rumah hanya
untuk bercakap perkara-perkara yang
tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak
merenung, banyak baca majalah Islam
(biasanya dia suka beli majalah
hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun
melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan
tahajudnya, baca Qur'annya, solat
sunatnya dan yang lebih menakjubkan
lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia
menundukkan pandangan. Segala puji bagi
Engkau wahai Allah, jerit hati saya.
Tidak lama kemudian, saya mendapat
panggilan untuk bekerja di kalimantan,
kerja di satu perusahaan minyak CALTEX.
Dua bulan saya bekerja di sana, saya
mendapat khabar bahawa adik sakit tenat
hingga ibu memanggil saya pulang ke
rumah (rumah saya di Madiun). Dalam
perjalanan, saya tak henti-henti berdoa
kepada Allah SWT agar adik di beri
kesembuhan, hanya itu yang mampu saya
usahakan. Ketika saya sampai di
rumah..didepan pintu sudah ramai orang.
Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.
Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya
lihat ibu menangis. Saya segera
menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam
esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi,
adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah
diakhir hidupnya". Air mata ini tak
dapat ditahan lagi!!
Setelah selesai upacara pengkebumian dan
lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik.
Saya lihat di atas mejanya terletak
sebuah diari.Diari yang selalu adik
tulis. Diari tempat adik menghabiskan
waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.
Kemudian diari itu saya buka sehelai
demi sehelai. Hingga sampai pada satu
halaman yang menguak misteri dan
pertanyaan yang selalu timbul di hati
ini - Perubahan yang terjadi ketika adik
baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di
situ tertera soaljawab antara adik dan
isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini: Soaljawab
(saya lihat di lembaran itu terdapat
banyak bekas airmata)
Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini
cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak
cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!
Isteri jiranku : Alhamdulillah.
Sesungguhnya kecantikan itu datang dari
lubuk hati.
Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak
enam. Tapi masih kelihatan cantik.
Isteri jiranku : Subhanallah!
Sesungguhnya keindahan itu milik Allah
SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak.
Siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa : Mak Cik, selama ini ibu saya
selalu menyuruh saya memakai tudung,
tapi saya selalu menolak kerana saya
rasa tak ada masalah kalau saya tak
pakai tudung asalkan saya berkelakuan
baik. Saya tengok, banyak wanita yang
pakai tudung tapi kelakuannya melebihi
kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak
pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat
mak cik bagaimana?
Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya
Allah SWT menjadikan seluruh tubuh
wanita ini perhiasan dari hujung rambut
hingga hujung kaki, segala sesuatu dari
tubuh kita yang terlihat oleh bukan
mahram kita semuanya akan
dipertanggungjawabkan di hadapan Allah
SWT nanti, tudung adalah perlindungan
untuk wanita!
Annisa : Tapi yang saya tengok, banyak
wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain ,
tapi hakikat atau makna disebalik tudung
itu sendiri yang harus kita fahami.
Annisa : apakah hakikat tudung?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah
perlindungan zahir batin, lindungi mata
kamu dari memandang lelaki yang bukan
mahram kamu, lindungi lidah kamu dari
mengumpat orang dan bercakap perkara
yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah
dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi
telinga kamu dari mendengar perkara yang
mengundang mudharat baik untuk dirimu
mahupun masyarakat , lindungi hidungmu
dari mencium segala yang berbau busuk,
lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat
sesuatu yang tidak senonoh, lindungi
kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir
perkara yang mengundang syaitan untuk
memperdayai nafsu kamu, lindungi hati
kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila
kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu
pakai akan menyinari hati kamu. Itulah
hakikat tudung.
: Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah
jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan
saya mampu pakai tudung. Tapi, macam
mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu
memakai tudung, itulah kurniaan dan
rahmat yang datang dari Allah SWT yang
Maha Pemberi Rahmat , bila kamu
mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi
kekuatan untuk melaksanakan
amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai
kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di
mana seluruh manusia akan dibangkitkan
ketika ditiup sangkakala yang kedua.
Pada saat roh-roh manusia seperti
anai-anai yang bertebaran dan
dikumpulkan dalam satu padang yang tiada
batas, yang tanahnya dari logam yang
panas, tiada rumput mahupun tumbuhan,
ketika tujuh matahari didekatkan di atas
kepala kita namun keadaan gelap gelita,
ketika seluruh manusia ketakutan, ketika
ibu tidak mempedulikan anaknya, anak
tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara
tidak kenal satu sama lain lagi, antara
satu sama lain boleh menjadi musuh
lantaran satu kebaikan lebih berharga
dari segala sesuatu yang ada di alam
ini, ketika manusia berbaris dengan
barisan yang panjang dan masing masing
hanya mempedulikan nasib dirinya, dan
pada saat itu ada yang berpeluh kerana
rasa takut yang luar biasa hingga
tenggelam dirinya akibat peluh yang
banyak, dan bermacam macam rupa-rupa
bentuk manusia yang tergantung amalannya
, ada yang melihat ketika hidupnya namun
buta ketika dibangkitkan, ada yang
berbentuk seperti haiwan,ada yang
berbentuk seperti syaitan, semuanya
menangis. Menangis kerana hari itu Allah
SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka
sebelum dan sesudah hari itu. Hingga
ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT
dipadang mahsyar yang panas membara
hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.
Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai
Annisa, bila kita tidak berusaha untuk
beramal pada hari ini, entah dengan apa
nanti kita akan menjawab bila kita di
tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha
Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha
Agung, Allah SWT.
Sampai di sini sahaja kisah itu saya
baca kerana di sini tulisannya terhenti
dan saya lihat banyak titisan airmata
yang jatuh dari pelupuk matanya.
Subhanallah! Saya selak halaman
berikutnya dan saya lihat tertera
tulisan kecil dibawah tulisan itu
"buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak
pernah melihat lelaki selain mahramnya ,
wanita yang tidak pernah mahu mendengar
perkara yang dapat mengundang murka
Allah SWT , wanita tidak pernah
berbicara ghibah dan segala sesuatu yang
mengundang dosa dan sia sia"
Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga
Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.
Subhanallah! aku harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua terutamanya buat adik adikku sendiri i love u all so much... Wassalam.
saya, Nur Annisa,seorang gadis yang baru
menginjak dewasa tetapi agak kasar dan
suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika
usianya mencecah 17 tahun perkembangan
tingkah lakunya benar-benar
membimbangkan ibu. Dia sering membawa
teman-teman lelakinya pulang ke rumah.
Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang
tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.
Bagi mengelakkan pergaulan yang
terlalu bebas,ibu telah meminta adik
memakai tudung. Permintaan ibu itu
ditolaknya sehingga seringkali berlaku
pertengkaran-pertengkaran kecil antara
mereka. Pernah pada suatu masa, adik
berkata dengan suara yang agak
keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran
kita pun ada yang anaknya pakai tudung,
tapi perangainya sama je macam orang
yang tak pakai tudung. Sampai
kawan-kawan annisa kat sekolah, yang
pakai tudung pun selalu keluar dating
dengan boyfriend diorang, pegang-pegang
tangan. Ani ni, walaupun tak pakai
tudung, tak pernah buat macam tu!"
Ibu hanya mampu mengeluh mendengar
kata-kata adik. Kadang kala saya
terlihat ibu menangis di akhir
malam.Dalam Qiamullailnya.Terdengar
lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa
dengan hukumMu".
Pada satu hari ada jiran yang baru
pindah berhampiran rumah kami.Sebuah
keluarga yang mempunyai enam orang anak
yang masih kecil.Suaminya bernama Abu
khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak
dapat dipastikan). Saya mengenalinya
sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama
mereka tinggal berhampiran rumah kami,
timbul desas-desus mengenai isteri Abu
Khoiri yang tidak pernah keluar rumah,
hingga ada yang menggelarnya si buta,
bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai
ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada
saya, "abang, betul ke orang yang baru
pindah itu, isterinya buta,bisu dan
tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa,
"kalau nak tau sangat, pergi rumah
mereka, tanya sendiri".
Rupa-rupanya adik mengambil serius
kata-kata saya dan benar-benar pergi ke
rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari
rumah mereka, saya melihat perubahan
yang benar-benar mendadak berlaku pada
wajah adik. Wajahnya yang tak pernah
muram atau lesu menjadi pucat lesi.
Entah apa yang dah berlaku? Namun,
selang dua hari kemudian, dia minta ibu
buatkan tudung.Tudung yang labuh. Adik
pakai baju labuh. Lengan panjang pula
tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung
campur syukur kepada Allah SWT kerana
saya melihat perubahan yang ajaib.
Ya, saya katakan ajaib kerana dia
berubah seratus peratus! Tiada lagi
anak-anak muda atau teman-teman
wanitanya yang datang ke rumah hanya
untuk bercakap perkara-perkara yang
tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak
merenung, banyak baca majalah Islam
(biasanya dia suka beli majalah
hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun
melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan
tahajudnya, baca Qur'annya, solat
sunatnya dan yang lebih menakjubkan
lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia
menundukkan pandangan. Segala puji bagi
Engkau wahai Allah, jerit hati saya.
Tidak lama kemudian, saya mendapat
panggilan untuk bekerja di kalimantan,
kerja di satu perusahaan minyak CALTEX.
Dua bulan saya bekerja di sana, saya
mendapat khabar bahawa adik sakit tenat
hingga ibu memanggil saya pulang ke
rumah (rumah saya di Madiun). Dalam
perjalanan, saya tak henti-henti berdoa
kepada Allah SWT agar adik di beri
kesembuhan, hanya itu yang mampu saya
usahakan. Ketika saya sampai di
rumah..didepan pintu sudah ramai orang.
Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.
Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya
lihat ibu menangis. Saya segera
menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam
esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi,
adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah
diakhir hidupnya". Air mata ini tak
dapat ditahan lagi!!
Setelah selesai upacara pengkebumian dan
lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik.
Saya lihat di atas mejanya terletak
sebuah diari.Diari yang selalu adik
tulis. Diari tempat adik menghabiskan
waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.
Kemudian diari itu saya buka sehelai
demi sehelai. Hingga sampai pada satu
halaman yang menguak misteri dan
pertanyaan yang selalu timbul di hati
ini - Perubahan yang terjadi ketika adik
baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di
situ tertera soaljawab antara adik dan
isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini: Soaljawab
(saya lihat di lembaran itu terdapat
banyak bekas airmata)
Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini
cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak
cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!
Isteri jiranku : Alhamdulillah.
Sesungguhnya kecantikan itu datang dari
lubuk hati.
Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak
enam. Tapi masih kelihatan cantik.
Isteri jiranku : Subhanallah!
Sesungguhnya keindahan itu milik Allah
SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak.
Siapakah yang boleh menolaknya?
Annisa : Mak Cik, selama ini ibu saya
selalu menyuruh saya memakai tudung,
tapi saya selalu menolak kerana saya
rasa tak ada masalah kalau saya tak
pakai tudung asalkan saya berkelakuan
baik. Saya tengok, banyak wanita yang
pakai tudung tapi kelakuannya melebihi
kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak
pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat
mak cik bagaimana?
Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya
Allah SWT menjadikan seluruh tubuh
wanita ini perhiasan dari hujung rambut
hingga hujung kaki, segala sesuatu dari
tubuh kita yang terlihat oleh bukan
mahram kita semuanya akan
dipertanggungjawabkan di hadapan Allah
SWT nanti, tudung adalah perlindungan
untuk wanita!
Annisa : Tapi yang saya tengok, banyak
wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain ,
tapi hakikat atau makna disebalik tudung
itu sendiri yang harus kita fahami.
Annisa : apakah hakikat tudung?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah
perlindungan zahir batin, lindungi mata
kamu dari memandang lelaki yang bukan
mahram kamu, lindungi lidah kamu dari
mengumpat orang dan bercakap perkara
yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah
dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi
telinga kamu dari mendengar perkara yang
mengundang mudharat baik untuk dirimu
mahupun masyarakat , lindungi hidungmu
dari mencium segala yang berbau busuk,
lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat
sesuatu yang tidak senonoh, lindungi
kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir
perkara yang mengundang syaitan untuk
memperdayai nafsu kamu, lindungi hati
kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila
kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu
pakai akan menyinari hati kamu. Itulah
hakikat tudung.
: Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah
jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan
saya mampu pakai tudung. Tapi, macam
mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu
memakai tudung, itulah kurniaan dan
rahmat yang datang dari Allah SWT yang
Maha Pemberi Rahmat , bila kamu
mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi
kekuatan untuk melaksanakan
amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai
kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di
mana seluruh manusia akan dibangkitkan
ketika ditiup sangkakala yang kedua.
Pada saat roh-roh manusia seperti
anai-anai yang bertebaran dan
dikumpulkan dalam satu padang yang tiada
batas, yang tanahnya dari logam yang
panas, tiada rumput mahupun tumbuhan,
ketika tujuh matahari didekatkan di atas
kepala kita namun keadaan gelap gelita,
ketika seluruh manusia ketakutan, ketika
ibu tidak mempedulikan anaknya, anak
tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara
tidak kenal satu sama lain lagi, antara
satu sama lain boleh menjadi musuh
lantaran satu kebaikan lebih berharga
dari segala sesuatu yang ada di alam
ini, ketika manusia berbaris dengan
barisan yang panjang dan masing masing
hanya mempedulikan nasib dirinya, dan
pada saat itu ada yang berpeluh kerana
rasa takut yang luar biasa hingga
tenggelam dirinya akibat peluh yang
banyak, dan bermacam macam rupa-rupa
bentuk manusia yang tergantung amalannya
, ada yang melihat ketika hidupnya namun
buta ketika dibangkitkan, ada yang
berbentuk seperti haiwan,ada yang
berbentuk seperti syaitan, semuanya
menangis. Menangis kerana hari itu Allah
SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka
sebelum dan sesudah hari itu. Hingga
ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT
dipadang mahsyar yang panas membara
hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.
Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai
Annisa, bila kita tidak berusaha untuk
beramal pada hari ini, entah dengan apa
nanti kita akan menjawab bila kita di
tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha
Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha
Agung, Allah SWT.
Sampai di sini sahaja kisah itu saya
baca kerana di sini tulisannya terhenti
dan saya lihat banyak titisan airmata
yang jatuh dari pelupuk matanya.
Subhanallah! Saya selak halaman
berikutnya dan saya lihat tertera
tulisan kecil dibawah tulisan itu
"buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak
pernah melihat lelaki selain mahramnya ,
wanita yang tidak pernah mahu mendengar
perkara yang dapat mengundang murka
Allah SWT , wanita tidak pernah
berbicara ghibah dan segala sesuatu yang
mengundang dosa dan sia sia"
Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga
Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.
Subhanallah! aku harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua terutamanya buat adik adikku sendiri i love u all so much... Wassalam.
kisah ini aku cilok ,sori atas pencilokan aku,tapi syukran teramat sangat atas mesej yang disampaikan..di ambil dari--www.iLuvislam.com
by: ratu_imtihan
:)
:)
macam mane kita nak berubah menjadi lebih baik dengan terbuka hati?
ReplyDeletenak terbuka hati ,kena buka minda dulu..clear ur mind..macam de orang fikir dirinya aku jahat,hati kotor tak layak baca Quran,join usrah,nanti tercemar pulak alQuran..well,actually bacaan mereka inilah yang lagi memberi cahaya pada alQuran..so,akhir kalam, al a'mallu bin niyyat..
ReplyDeletemulakan dgn niat yang baik.