Assalamualaikum warahmatullah taala wabarokatuh sahabat-sahabat..
aiwah bertemu kita lagi dengan nafas milikNya,bahkan dengan keselesaan dan kegembiraan hidup..Ya Allah aku bersukur kepadaMu..Alhamdulillah..entri kali ini adalah pelayaran pertama aku dalam siri mencari kesuciaan hati.jiwa kotor dan hina seumpama lembah hitam ini ingin aku bersihkan walaupun hakikatnya ketebalan kekotoran ini tak mungkin bersih..ya Allah..andai aku kata,aku ingin mencari Mu..pasti aku ditertawakan oleh rakan rakan ku,kerana kehidupan aku bersama mereka telah membuka hijab diri aku..mereka mengenaliku dalam dan luar,yang ada hanya kehitaman..ketawa mereka meskipun tak ku dengar,tapi ia sesuatu yang pasti kerana aku adalah aku..
sabda Rasulullah..
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى
ما هاجر إليه
Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim
ya Allah..aku mulakan niat hidupku hari ini ,dan pagi esok,InsyaALLAH abadan, spefisik hanya untuk ilmuMU.
Ku ingin redaMU.isikan kedahagaan hati kosongku dengan ilmu-ilmu yang diKau tabur di dunia sementara milikMu ini..moga suatu hari..aku mati sebagai MUSLIM..bukan munafik yang hampir aku dapati..
Andai Rasulullah di sebelah aku..ya Allahhhhhhh!!!malunya..malu yang aku rasa aku lebih rela mati dari berada disebelah baginda..ya Allah,bagaimana mungkin Rasulullah pernah seketika kerinduan hingga menangis terhadap umat selepasnya sedangkan aku tak layak..ahh..apakah aku bukan golongan itu?jadi kalau aku bukan golongan itu,apakah tidak muslim diriku?
sahabat semua.anda tau aku teruk yang syadidan.tolong sentiasa ingatkan aku ya..ingatkan aku untuk mencari kelayakan menjadi golongan yang Rasulullah S.A.W rindukan itu..SOLLU ALAN NABI!!ingatkan aku untuk terus dan sentiasa belajar.belajar untuk menjadi lebih baik....andai mata sahabat sekarang sedang menitip hujung kalimah ini,selitkan cebisan doa di sudut bibir kalian,Ya ALLAH YA RAHIM, BERIKANLAH HIDAYAH DAN KESUNGGUHAN DI JIWA HAMBAMU GADDAFI UNTUK KUAT DALAM MENCARI KEREDHAAN MU YA ALLAH!amin..terima kasih ya..Alhamdulillah...aku sampaikan jua kalian doa agar sesiapa yang membaca entriku ini termasuk semua umat islam setiap zaman mendapat syafaat nabi tercinta dan rahmat Allah Taala, dunia dan akhirat..amin...
Andai aku lalai kembali...ingatkan ku sekali lagi..moga hijrah yang ku inginkan termakbul..moga kekotoran ini dapat kutapis,dan moga kesuciaan hati dapat ku temui..
sekian..jangan lupa ...sampaikan tuturan selawat kepada kekasih tercinta..Sollu allan nabi....
Ketawa itu akan hilang, tenggelam dimamah cahaya baru yang lebih cemerlang. Tekad!
ReplyDeletecahaya ini lagi cerah kalau sikembar syafiqah ngan syakirah kan nama dia?ade kat sini haaa...hakhak
ReplyDelete