Saturday, 18 December 2010

KAHWIN MUDA -masalah atau rahmat?

  
   
Ramai yang mempersoalkan kahwin di waktumuda pasti susah..ikut nafsu,tak bole bebas dengan dgn      
 kawan2,ekonomi tak reti jaga,darah muda asyik banyak masalah..tak pandai jaga anak,tak pandai jaga hati mentua ngan famili,org tua dulu2  suh kumpul duit,tak matang laa..well semua ini memang tepat..tapi ada penyelesaiannya juga bagi yang ingin berumah tangga dalam usia sebegini..Jawapannya mudah..amalkan prinsip ALQURAN DAN SUNNAH! Amalkan akhlak Rasulullah Saw selagi mana kita mampu.Sebagai contoh.suami perlulah kuat menghadapi kesusahan dengan sabar. firman ALLAH taala :




153. Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah Dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana Sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar

Suami perlu menjadi lelaki yang kuat kesabarannya dalam melayan karenah isteri terutama dalam keadaan tertentu.Bahkan Rasulullah juga terpaksa berhadapan dengan karenah isterinya tetapi beliau bersikap tenang dan sabar.Ini dapat dicontohi dalam kisah Rasulullah SAW bernikah dengan Shafiyah;
Ketika Rasulullah bernikah dengan Shafiyah binti Huyai timbul kecemburuan dalam diri Hafshah dan berkata, “Dia adalah anak Yahudi”, hal ini terdengar oleh Shafiyah yang membuatnya bersedih dan menangis. Kemudian dihibur oleh Rasulullah dengan mengatakan, “Ketahuilah bahwa engkau adalah keturunan seorang nabi, pamanmu adalah seorang nabi, dan engkau sekarang berada di bawah naungan seorang nabi. Wahai Hafshah, bertakwalah kepada Allah”.

Tetapi yang paling penting bagi suami adalah memiliki iman dan takwa yang kukuh. Bersikap Qanaah dan sentiasa bersyukur kepada setiap yang ada didalam dunia ini. Biarpun banyak rintangan yang dihadapi,percayalah bersikap tenang dan beradab seperti Rasulullah akan banyak membantu kita menghadapi arus dunia.Banyak lagi sifat sifat mahmudah milik nabi SAW yang boleh kita terap dalam perjalanan hidup  kita.

Kepada kaum wanita pula yang ingin memegang title 'isteri' ,perlulah anda semua ketahui yang kalian adalah permata teristimewa bagi suami kalian..Jagalah maruah dan aib suami anda dan sentiasalah memberi sokongan kepada mereka.percayalah,pesona anda sebagai isteri adalah kekuatan bagi suami kalian. Jangan terpesong dengan kata kata sesat yang mengatakan kedudukan perempuan dalam alQuran adalah terendah dan kerana itu perempuan perlu bangkit lebih dari lelaki. Ini adalah hasutan dari musuh islam yang cuba merosakkan islam sedangkan islam tersangat sangat menjaga maruah seorang wanita. Hingga kecantikkan yang anda miliki adalah untuk orang yang mencintai anda,iaitu suami anda. Bagi kaum wanita,jika sekarang anda lalai,berubahlah,jadilah muslimah yang dinamik sebelum anda membina rumahtangga.Caranya mudah,jaga aib anda,tutup sahaja aurat anda,jaga pertuturan,jaga hubungan atau lebih mudah amalkan Islam 100% dalam hidup kalian.Insya Allah andalah yang akan menggembirakan suami anda di dunia malah InsyaAllah di akhirat kelak. Amin..

Ramai yang berkata berkahwin muda akan bercerai berai,  ini ada kebenarannya mengikut statistic cerai tahun 2009, sebanyak 32,763 kes dilaporkan dan sebahagian besar adalah dari pasangan muda dari 20-an ke 30-an.adakah, dari genre umur ini seolah olah memberitahu kita yang dasar umur perkahwinan selepas ini perlu berusia 30-an keatas? Cerai dikalangan pasangan muda adalah kebenaran bagi yang tidak berjaya mengekalkan gerbang cinta mereka,tapi sahabat sahabat yang saya kenal dikalangan pelajar pelajar yang mengamalkan Islam dalam aturan hidup mereka menemui bahgia dan gembira. Cuba kalian selidik hakikat cerai di kalangan melayu,siapa dan kenapa mereka cerai? Adakah kerana mereka mendamba kehidupan ikon artis yang kahwin cerainya tidak menentu?  Remaja yang kininya dalam peredaran zaman zina amat merisaukan kita semua,tapi jika hakikat kahwin mereka sekadar ingin melakukan seks dengan lebih giat dan mahu kehidupan bebas dari cengkaman keluarga,inilah puak muda yang menghadapi ancaman cerai. Alasan mereka Cuma CINTA. Padahal cinta ini disemai dengan wang ,paras rupa serta nafsu anak muda kita. Perkahwinan mereka cuma sebagai bukti cinta antara satu sama lain,padahal cinta ini boleh terhakis jika muncul beberapa halangan dalam hidup.Peraturan hidup yang tidak berlandaskan Islam biasanya akan mendatangkan perasaan tidak tenang dalam pasangan itu dan pergaduhan merupakan lumrah biasa. Jujur saya katakan konsep kahwin yang ingin dibentuk oleh ibu bapa sekarang cuma berlandaskan material sahaja. Alasan mereka biasanya, kerjalah dulu,cari duit senang bagi anak bini makan,biar matang dulu. Apakah harta biasa memberi kesenangan dan ketenangan kepada kita?.tengok sahaja kes bapa sembelih anak akibat kejut tidur,tengok saja keluarga yang kaya raya tapi di celahan hidup mereka penuh dengan perempuan simpanan,wang kotor dan solatnya jauh sekali. Allah berfirman :

  
 
17. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.


Bukankah dari ayat ini memberitahu kita yang bersedia untuk dunia akhirat adalah lebih baik.Ah! Alangkah bahgianya pasangan itu jika si suami dan isterinya adalah soleh solehah. Hebatnya jika setiap ibadah berjemaah bersama suami isteri,hebatnya jika amalan seharian kita disokong pasangan sendiri .InsyAllah kehidupan kalian penuh rahmat dan barakah.Apakah kehidupan sederhana tidak baik? Bukan saya maksudkan kehidupan senang merosakkan, tapi permasalahan kini, wang dan harta adalah ukuran mata masyarakat umum. Sebenarnya apa yang perlu ada kepada sahabat sahabat yang ingin kahwin muda adalah Iman dan Taqwa. Jangan jadikan alasan mengikut sunnah NABI saw semata mata untuk melempiaskan nafsu saudara saudari tapi ikhlaslah dan ambillah hikmah di sebalik umur Nabi yang muda tapi beliau telah pun digelar al Amin.
Perkahwinan itu memang berat kata orang orang tua kita. Tapi bagi saya yang lebih berat dalam masyarakat umum hari ini adalah solat berjemaah lima waktu. Perkahwinan merupakan benda rahmat yang perlu kita hadapi dengan keimanan dan kebijaksanaan. Perkahwinan akan menjadikan kita seorang suami,seorang isteri ,ayah,menantu dan pelbagai lagi tanggungjawab lain tapi yang paling utama tetap tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Sekali lagi saya tuturkan bertaqwalah! Tanamkan sifat cinta Allah dan Rasulullah prioriti hidup kita,InsyAllah cinta kalian suami isteri amat bahagia sekali..

Dan,pada yang ingin mendirikan rumahtangga tetapi dihalang,tak mengapa,banyakkan berdoa,solat istikharah agar Allah taala beri jalan untuk kita seterusnya berhikmahlah dengan keluarga kita. Tunjukkan budi dan akhlak yang baik agar lembut hati keluarga yang keras menentang. Berumahtangga ketika belajar pasti berisiko kata orang tua,tapi mintalah mereka yang mendoakan kita.Membina istitusi keluarga ketika belajar juga akan menjadikan kita insan yang lebih cekal dan bertanggungjawab,insyAllah pembelajaran kita mendapat berkat dan redha Ilahi.lebih elok dan afdhal hidup dalam rahmat Allah daripada terjerumus dalam maksiat dan zina yang menghinakan. Yang penting kalian amalkan kehidupan berasaskan ALQURAN DAN SUNNAH.

maaf bagi penulisan saya yang dhaif,amat kurang isinya dan tidak menjaga batas batas format penulisan,sekadar menulis nukilan hati demi sahabat sahabat seislam saya. :)
akhir kalam dari saya, selawatlah ke atas junjungan mulia, Rasulullah SAW..

Assalamualaikum..

2 comments:

  1. xlame pe nyer..ko tuh dulu..dah keje pe..hehe..bob sudah..tunggu sepupu die jee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...