sahabat
Assalamualaikum..coretan ku bermula lagi di netbook baru ni..mengharapkan redhaNya dan berkah di sepanjang penulisan yang dhaif ini.baru sahaja pulang dari lawatan berharga di Iskandariah.kota yang tersergam indah dalam babak cerita 'ketika cinta bertasbih'..perjalanan pemusafiran kami banyak liku liku,tapi tak menghalang diri aku untuk merasa cinta dan kasih kepada Allah taala.serta tidak lupa Rasulullah..solla alan nabi!
berbekalkan niat untuk mengunjungi ibu saudara ku di kota Mandarah,perjalanan sejauh beratus ratus kilometer ku tempuh bersama sahabat Nizam,Isa,Naduan serta Tamim.bukan kicap tamin. Jazahumullahu Khairon..:)
tiba di stesyen Sidi Gabir yang agak kusut,terus aku gerakkan langkah ke rumah ibu saudara yang kiranya telah hampir setahun tidak ku temukan..bersama sepupu comel baruku Jibril.ahh.comelnya dia..Banglong harapkan,Jibril sentiasa menjadi anak yang soleh dan sentiasa berkhidmat untuk ibumu..jangan nakal nakal ya..:P
puas sudah langsaikan hutang perut kami dengan nasi ayam,kami nahrik pula mencari syaqah sewa milik persatuan melayu.cuma setelah mendapati syaqah ini telah penuh kami mencari bait bait yang ada arab sewakan..mujur ada insan baik hati bernama kak mai.pertolongan beliau amat kami hargai sekali..kalau tidak,hampir sahaja aku mengulangi peristiwa tidur di bus stop ketika musafirku di birmingham ,united kingdom dahulu..Alhamdulillah wa sollu alan nabi... setelah melepaskan penat lelah di syaqah sewa dur 15 membuatkan kami bertenaga kembali,masakan tidak,dengan pemandangan tepi pandai yang asyik,hatiku lembut tenang di balakon sini.
hari kedua -selepai usai solat berjemaah,kami sarapan dengan laksa di bait ibu saudara yang biasa ku panggil 'maksu' bahkan ku kira dia adalah kakakku dalam perjalanan hidup semenjak kecil lagi. kami bertolak ke destinasi rancangan kami iaitu ke maktabah terbesar di Iskandariah .maktabah ini canggih dan cantik indah rekaannya.kemudian,malang bagi kami kerana cubaan kami untuk tayangan alam semesta di planetarium Iskandariah gagal kerana waktu..tetapi kegagalan ini tidak kurasakan kerana lawatan seterusnya amat amat menggembirakan hatiku..kunjungan ku adalah ke dorih atau maqam jasad sebenar sayyid abi darda' r.h,salah seorang sahabat nabi serta terkenal dengan riwayat hadis2 sahihnya.di sini,ku curahkan rasa cintaku kepada Allah dan rasul kerana memberi peluang pada diriku hadir tika itu.Ya Allah ya rahman,moga dikau berikan aku kesucian hati sepertimana yang pernah abi darda' r.h miliki. biar hanya secebis sahaja kurasakan cukup indah buatku..saat itu,aku benar rasakan cinta padaNya. sejahat jahat diriku,masih diberi kesempatan langkah di maqam ini..Subhanallah!tenang dan sangat gembira di sini,kami melangkah pula ke mahattah masri untuk mencari masjid nabi daniel a.s..Terdapat qaul yang mengata kan maqam nabi daniel adalah di tingkat bawah tanah masjid ini. bahkan,tempat ini juga dikatakan pernah menjadi istirehat dan makkanul ibadah wali Allah Lukmanul hakim..woww..berada dan duduk ditempat mereka duduk..takjub dan kagum hatiku..andai ku bersama mereka,ku harap mereka dapat mengajar aku erti sebenar makrifah Allah..Subhanallah.
usai solat jama' takdim di masjid Mandarah,kak Mai sekali lagi membantu ,tourist guide kami yang baik hati ini membawa kami ke kota permainan Ma'muroh.seronok ku bermain disini.sudah lama tidak mencuba game game yang menyeronokan jiwa anak kecil ku..:) kemudiannya,aku bersiar berbasikal di tepi pantai iskandariah,biarpun malam tika itu,kecantikkan pantai tetap terserlah dek pantulan cahaya bulan..seronok berlumba lumba dengan rakan rakan. puas dan penat,terus ku pulang ke persinggahan untuk melenakan diri kami.
hari terakhir aku dalam musafir ini,bermula dengan sarapan nasi goreng kak mai.kemudiannya kami bersiar di taman rekreasi Iskandariah yang dikenali Muntazah Iskandariah.aku meluangkan masa dengan kecantikan taman ini bersama sepupu comelku jibril yang baru berusia 5 bulan.aku dan rakan serta ibu saudaraku kemudian melangkah ke rumah kak Mai untuk merasai resepi rahsianya..Char kue tiow. laziz laziz, tutur sahabat sahabat yang memang lapar. :-p tak disedari,masa pulang tiba.berlari kecil kami ke stesyen Sidi Gabir untuk pulang ke Kaherah.Alhamdulillah,selamat jua kami pulang mengikut waktu ditetapkan.
harapanku, perjalann ini mendapat berkah dan rahmatNya.Amin..
kesudahan serta kesimpulan- musafir ini merupakan satu lagi titik noktah dalam pengislahan hati ku.di mana,kesabaran,kesungguhan dan sikap tawadhuk amat perlu dalam setiap aspek.biarpun padat waktu dan demi waktu,sesungguhnya manusia kerugian,tapi tetap aku teraskan cinta ALLAH dan Rasulullah di hatiku.aku harapkan hatiku lembut selalu bak sutera, tetapi aku jua mahukan hatiku keras bak batu dalam soal prinsipku,Alquran dan Sunnah.dalam kekosongan hati dan ilmu,ya Allah kau berikan jiwa yang tegap padaku untuk beristiqamah dalam beribadat mencariMU..aminn Ya Allah....akhir kalam..doakan aku ya sahabat
Assalamualaikum
maqam abi darda' r.h
falafil- tghari lunch
persinggahan lukmanul hakim
maqam nabi daniel a.s
jibril dan ibunya
saje je tunggu aku bla baru nak g kan...
ReplyDeletehehehe..taklehh..nanti adik piji gayat..dok kg tu eelok..hehehe
ReplyDeletewahhh!!!
ReplyDeletesangat terharu akak bace tulisan neh.
mekaceh gad dan kawan2... =)
lain hari datang lagi =D