Bismillahirahmanirahim..Allahumma Solli ala saidina Muhammad wa Ala alihi wasohbihi wasallim..
Assalamualaikum kepada kesemua ukhwah saudara saudara ku,kalian lah peneman diri saya bila suatu hari nanti kita dibangkitkan semula nanti..Doakan kita dapat mencapai ketenangan dan perlindungan ketika bertemu kembali ya..
susulan peristiwa yang berharga telah banyak berlepas dan meninggalkan keinsafan dan perubahan dalam diri penuh khilaf.ini .Tahun 2010 adalah antara paling berharga dalam rentetan hidup saya kerana munculnya banyak nur dan panduan serta peringatan besar yang mengubah hidup saya..Syukur ya Allah..Syukur yang tak terhingga tersangat sangat..tahun ini juga banyak berlakunya wida' (perpisahan) dengan teman teman rapat tetapi disusuli dengan pertemuan pertemuan yang baru..Saya ingin pohon seribu kemaafan terhadap ahli ahli bait saya yang dahulu atas banyak kekurangan diri,sikap kurang ajar,pertelingkahan2 kita,saya pohon maaf..ana asif ya sohabi!ALHAMDULILLAH masih dibekalkan dengan ahlul bait baru yang banyak mengajar kehidupan kepada saya..
Perasaan berpisah dengan 2010 saya mulakan dengan penuh rasa syukur..Alhamdulillahi robbil a'lamin..Baru sedar tika maal hijrah kelmarin,hidup saya bukan hidup seorang muttaqin..jadi resolusi bersama maal hijrah mengubah persepsi aturan pemikiran saya dan sekaligus mengubah hidup saya 200%..2 x ganda perubahan saya mahukan..amin..
Astagfirullah Al Azim..ampunkan dosa dosa yang telah hambaMu ini lakukan..dan kepada sahabat,maafkan kesalahan kecil dan besar saya ya.Sedar yang rupanya selama ini hidup kita sudah dilimpahi banyak kurniaan nikmat dan rahmat,cuma taknak ambil tahu dan buat buat buta! jadi ingin saya kongsikan sedikit resolusi,visi yang saya kira perlukan pendapat ramai..rasanya terlalu kurang..jadi disinilah saya perlukan gunakan ilmu milik kalian ya,dengan rasa rendah hati:
1)meninggalkan perkara yang maksiat dan lagho(melalaikan)-lagu2 dah buang,hardisk cite dah berjaya dikosongkan
2)menunaikan solat berjemaah tepat waktu di rumah Allah,masjid.-manis perasaan berjemaah.
3)memperbanyakkan bacaan hafazan Al-Quran-masih lemah dan masih berusaha
4)memperbiasakan bibir menyebut zikirullah tak kira masa dan tempat-masih merasa malu dikhalayak ramai
5)melatih diri berpuasa sunat-mencuba..nak tabiq(ikut) mak tersayang yang rajin berpuasa sunat..:)
6)bersedekah biarpun sedikit-masih kurang
7)dan cuba khusyuk dalam solat..teringat imam masjid bawah rmh tadi katanya 'alkhusyu' ruhus solat..'-berat tapi sedang mencuba
8)mengurangkan atau meninggalkan terus kata2 mencerca dan mengumpat-Alhamdulillah..
9) ikhlas,ikhlas dan ikhlas dan istiqamah-paling berat
10)Mengingatkan diri akan kematian- mengharap kepergian diri saya dalam keadaan baik
11)paling penting mengingatiNya setiap waktu dalam jiwa dan setiap perbuatan...-caranya rupanya mudah,IKHLAS!
AlHAMDULILLAH..sekiranya resolusi saya ini menarik minat kalian.kita amalkan bersama sama sebagai satu azam untuk semua ya..InsyAllah..amin..dan sekiranya jika masih banyak lubang,kekurangan dan kesalahan minta sahabat perbaiki dan islah kedhaifan ini..La haula quwwata billah..tiada yang lebih berkuasa selainNya Allah taala..ingin sangat ada teman dalam berjuang disisi yang boleh menegur dan memberi semangat..jikalau ada yang sudi menjadi pendamping rohani dan jiwa..saya alu alukan dengan senang hati kerana itu keperluan jiwa saya..dan semoga kita semua dapat menjadi insan yang soleh,bertaqwa serta muhksinin..
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment