Wednesday, 29 December 2010

politik serta hubungannya terhadap ibadah..




Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum warahmatullah taala wabarokatuh..sekali lagi saya memulakan qalam tulisan saya dengan sepenuh penuh rasa kehambaan terhadap yang maha kuasa,Allah SWT dan kekasih nombor satunya Muhammad SAW,Allahumma solli ala saiyidina muhammad wa ala alihi wa sohbihi wasallim..


isu yang ingin saya utarakan adalah isu yang telah mencengkam dada orang orang kita selama ini..isu yang bertajuk Politik..isu ini begitu panas membara sekali kadangkala kerana politiklah jatuh dan bangkitnya sesuatu institusi kenegaraan..ingin saya tegaskan,saya tidak akan menyatakan pendirian saya terhadap mana parti politik dalam penulisan ini kerana bukan itu yang ingin saya ketengahkan..dan ia juga akan mengabui banyak mata sekiranya saya bersikap berat sebelah kepada mana2 parti.

Politik adalah 'ilmu pemerintahan' atau 'ilmu siyasah'dalam bahasa arabnya.

Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orang orang yang bukan Islam. Tetapi ini tidak bermaksud tiada langsung hubungan dengan yang bukan islam secara total atau secara langsung.

Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan. 

la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang. 

Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah yang mafhumnya: 


"Dan katakanlah: Ya Tuhan ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong."
(AI Isra': 80)

Di atas landasan inilah para 'ulama' menyatakan bahawa: "Allah menghapuskan sesuatu perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan Nya meIaiui al Qur'an" 


Asas asas sistem politik Islam ialah: 

-
Hakimiyyah Ilahiyyah :
Hakimiyyah atau memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi dalam sistem politik Islam hanyalah hak mutlak Allah. 

-
Risalah :
Para rasul sendiri yang menyampaikan hukum hukum Allah dan syari'at syari'at Nya kepada manusia.
Risalah bererti bahawa kerasulan beberapa orang lelaki di kalangan manusia sejak Nabi Adam hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah satu asas yang penting dalam sistem politik Islam.
 

-Khalifah:
Khalifah bererti perwakilan,ia bermaksud bahawa kedudukan manusia di atas muka bumi ialah sebagai wakil Allah. Ini juga bermaksud bahawa di atas kekuasaan yang telah diamanahkan kepadanya oleh Allah, maka manusia dikehendaki melaksanakan undang undang Allah dalam batas batas yang ditetapkan. 
Di atas landasan ini, maka manusia bukanlah penguasa atau pemilik, tetapi ia hanyalah khalifah atau wakil Allah yang menjadi Pemilik yang sebenarnya. 

Prinsip prinsip Utama Sistem Politik Islam 

-Musyawarah

-Ke'adilan

-Kebebasan

-Persamaan

-Hak Menghisab Pihak Pemerintah


T
ujuan Politik Menurut Islam 
Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syari'at Islam.
Tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam.
Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syari'ah, maka akan tertegaklah al Din dan berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan tuntutan al Din tersebut.
- Para fuqaha Islam telah menggariskan sepuluh perkara penting sebagai tujuan kepada sistem politik dan pemerintahan Islam.
-Memelihara keimanan menurut prinsip prinsip yang telah disepakati oleh 'ulama' salaf daripada kalangan umat Islam
-Melaksanakan proses pengadilan di kalangan rakyat dan menyelesaikan masalah di kalangan orang orang yang berselisih
-Menjaga keamanan daerah daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai
-Melaksanakan hukuman hukuman yang ditetapkan syara' demi melindungi hak hak manusia
-Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak luar
-Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam
-Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat dan sedekah sebagai mana yang ditetapkan oleh syara'
-Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros ataupun secara kikir
-Mengangkat pegawai pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal kekayaan negara dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara
-Menjalankan pengaulan dan pemeriksaan yang rapi di dalam hal ehwal awam demi untuk memimpin negara dan melindungi al Din.



Ringkasan- jadi politik merupakan salah salah satu peraturan atau nizam yang sedia wujud dalam islam yang bererti aman dan selamat.Tapi tahukah kewajipan kita yang paling atas?..ya,iaitu rukun islam yang lima dan rukun iman yang enam..Pada pendapat saya,pilihlah personaliti personaliti,yang amat berhormat,datuk datuk atau tan sri yang kalian rasakan adil dan saksama bahkan barangkali dapat membantu kalian meneguhkan institusi Mujtama’ Muslim, Dawlah Islamiyyah, Khilafah Islamiyyah, dan akhirnya membentuk Istazi’atul ‘Alam.Serahkan perkara pentadbiran kepada yang anda pilih dan seterusnya bangkitkan baitul muslim yang benar-benar ampuh serta diredhai Allah Taala. Jangan berpandangan serong terhadap saudara kita yang berkhilaf fahaman politik,malah cintailah mereka seperti kita menyayangi keluarga kita sendiri.Elakkan pertikaian,dan jika wujud pergaduhan demi parti,bermaaf maafanlah sesama kita ya.Saya tahu ini perkara yang berat,mungkin kerana politik Malaysia benar benar telahberakar umbi dalam dada sehingga kita lupa bahawa kita ini islam,agama yang pengasih dan penyayang.Bagaimana kita boleh berjuang dengan hebatnya  mempertahankan fahaman kita sedangkan di akhirat sana kita menanti siksaanNya?

Kenapa kita percaya orang ini parti lain sudah tentu musuh sedangkan di padang Masyhar nanti kita semua sama sahaja bertempikan berlari tanpa arah?Bagaimana kita mahu telaga Kautsar milik Rasulullah sedangkan kita bergaduh sesama sendiri didunia sehingga muncul gelaran2 yang buruk dan kotor.
Ingatlah,kita bersaudara,firman Allah:


. Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Hormat-hormatilah sesama kita,dan bantulah pada yang memerlukan bantuan.Saya sendiri amat sayangkan pemerintah kita sekarang kerana benar dengan usaha beliaulah keadaan negara kita semakin baik,dan saya juga hormatkan setiap niat parti yang ingin memperjuangkan diri mereka untuk satu islah.Berpolitiklah di tempat yang betul tapi jangan campurkan dengan masa ibadah kita terhadap yang maha Esa,Allah Subhanallah taala..khusyukkan solat anda dan bersifatlah seperti akhlaq kekasih kita,Rasulullah SAW..sampai sini sahaja penulisan saya yang benar benar lemah ini..Andai saya pergi menghadapkan Nya dahulu sebelum kalian,doakanlah saya pergi dengan hati yang baik dan amalan yang soleh ya..


sekian Asslamualaikum...

1 comment:

  1. terima kasih atas penulisan ini.... ianya sgt seseuai dgn keadaan rakyat mlaysia hari ini....kita hari ini snggup berpecah belah hanya kerana politik yg merupakn senjata org hayudi untuk melemahkn kekuatn org islam....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...